Wednesday, 5 October 2011

D.u.r.j.a.n.a

"manusia manusia, apa pon xboleh lah!! kejammmmmmm nyerrrr!!!! arghhh!! ada sesapa yg baca paper semalam? manusia durjana, bukan main sehat lagi orgnyer, tpi suka2 dia je nak ambik alih tugas melaikat pencabut nyawa, bo#$%!!!!! huh! sungguh durjana, durjana, dan durjana..", rasa hatiku, Am'hafizie. (6.45pm/Rabu)

haa, ni link die : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayidicampakdaritingkatdua/Article/index_html

assalamualaikum!! :-) ai cemua,huk3.. ngee.. nak berkongi satu kisah dgn anda.. semalam sya baca surat khabr mngsahkn ttg seorag bayi yg cukup sifat, yang baru lahir, dan kembali terus kepada-Nya semula selepas jatuh dari tingkat dua sebuah rumah tinggi ke langit. dilakukan sendiri oleh seorang manusia durjana yang melahirkannya.. alsan manusia tersebut melakukannya kerana nak tutup malu takut diketahui oleh rakan serumah dan jiran tetangga.. bo#$%!!!! org lain yg xde anak, bukan main lagi, merayu dan berdoa kepada-Nya tetapi die yg dah dapat, ikut suka2 je nak ganti tugas si pencabut nyawa.. 

Biar aku beralih formal sedikit tentang bab ini, sebagai satu perkongsian untuk anda.. "Kami tidak mahu jadi pengampu. kami tidak mahu jadi "al-muttayyibin" ataupun orang baik-baik yang tidak 'kacau' orang lain walaupun apa yang mereka perbuat. tidak pernah ada satupun ayat al-Quran perkataan "amar makruf wa nahi munkar" yang tidak ada perkataan "wa" bermaksud DAN. perkataan DAN digunakan untuk menunjukkan menyuruh perkara baik mestilah berjalan serentak dengan melarang perkara mungkar. mana-mana golongan yang hanya menyuruh orang berbuat baik tetapi tidak pernah melarang orang membuat mungkar, mereka adalah golongan yang cacat dalam dakwah. antara sebab kerosakan orang yahudi pada masa lampau adalah kerana golongan agama mereka menyuruh berbuat baik tetapi tidak melarang orang berbuat mungkar".. Semuanya yg terjadi terhadap bayi tersebut mungkin berpunca daripada hal berdua-duaan.. Kerana inilah permulaannya, durjana, durjana, durjana....


MENGAPA PERLU TERLALU KERAS DALAM HAL BERDUA-DUAAN?

Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. perkataan "Jangan mendekati zina" adalah perkataan yang sangat tepat. kerana tidak akan berlaku zina sebelum mendekatinya terlebih dahulu. di sini diberikan analogi bagaimana zina boleh berlaku:
 
bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA.


korang dah berada di peringkat mana?


Allah ta'ala Maha Mengetahui bahawa jika ingin dielakkan zina, perkara terawal yang menjurus kepadanya mesti dihalang. jika tidak berzina tidak dapat dielakkan lagi. sebab itu selalu ramai remaja yang berkhalwat dewasa ini. kerana masyarakat sudah mengambil ringan hal-hal seperti dating, bergayut, shopping bersama, berduaan dalam kereta dan lain-lain. gejala zina tidak akan dapat dibenteras sekiranya perkara yang mendekatkan kepada zina tidak dihalang. sesiapa sekalipun yang pernah berzina, pada awalnya mereka berkata "NAK BERKENALAN JE... ayat standard lahh kan..

 ni, nak kongsi kisah2 lama juga :

KUALA LUMPUR: Pekerja kilang, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah kini berada di dalam kelompok utama tangkapan khalwat jabatan agama Islam di negara ini. Di Pulau Pinang, rekod Jabatan Agama Islam negeri itu menunjukkan pekerja kilang paling ramai ditangkap kerana berkhalwat sepanjang tahun lalu iaitu 187 daripada 630 kes manakala pelajar IPT dan sekolah menengah berada pada kedudukan kelima dengan 44 kes.

Paling mengejutkan sepanjang tahun lalu kami menahan 10 pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun kerana berkhalwat,kata Ketua Unit Penguat Kkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Faizal Ibrahim. Di Johor, daripada 4,618 kes kesalahan syariah termasuk berkhalwat yang dikendalikan Jabatan Agama Johor (JAJ) sepanjang Januari hingga November lalu, 1,179 membabitkan pekerja kilang, diikuti ˜lain-lain pekerjaan iaitu seramai 1,064.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata jumlah tangkapan khalwat membabitkan pelajar pula seramai 282 orang. Biarpun angka ini agak rendah berbanding golongan lain iaitu penganggur (972), pekerja swasta (824) dan kakitangankerajaan (297), ia perkembangan membimbangkan kerana golongan pelajar ini masih muda dan mereka tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti negatif,katanya. Di Selangor, berdasarkan perangkaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kakitangan swasta termasuk pekerja kilang diikuti pelajar sekolah, IPT dan kolej swasta serta penganggur mengungguli tiga carta teratas maksiat sejak 2002 hingga 2004. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata jabatan itu mengendalikan 3,782 kes maksiat termasuk khalwat pada 2002 dan meningkat kepada 3,992 (2003) dan 3,998 (2004).

Melihat kepada perangkaan tangkapan khalwat sejak 2002, tidak dinafikan pekerja swasta terutama kilang, pelajar dan penganggur berada di tiga kelompok teratas yang ditahan, katanya. Ini terbukti apabila pada 2002, seramai 3,607 kakitangan swasta termasuk pekerja kilang ditangkap diikuti 1,201 (penganggur) dan 1,072 (pelajar). Carta itu berubah pada 2003 apabila pelajar mengambil alih tempat kedua dengan jumlah tangkapan seramai 2,113 orang manakala penganggur hanya 1,398 orang. Bagaimanapun, pekerja swasta masih di tempat teratas dengan tangkapan berjumlah 3,205 orang.

Pada 2004 pula, kakitangan swasta terus kekal teratas dengan tangkapan berjumlah 3,491 orang diikuti pelajar (1,957) dan penganggur (1,525).

Di Kedahh, seramai 776 orang dicekup berkhalwat sejak Januari hingga November di empat daerah terbesar dan termaju di negeri itu, masing-masing di Kota Star, Kuala Muda, Langkawi dan Kulim. Ketua Operasi Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Mohd Nasir Md Dali, berkata dalam tempoh itu, pekerja kilang adalah yang paling ramai ditangkap iaitu 300 orang diikuti golongan pelajar sekolah semuda 14 tahun sehingga di IPT yang berusia 25 tahun yang berjumlah 200 orang. Kebanyakan mereka ditahan di hotel murah sekitar empat daerah berkenaan. Bagi pekerja kilang dan pelajar IPT, mereka mengambil kesempatan berjauhan daripada keluarga untuk berbuat sesuka hati. Kami juga mengesan pelajar sekolah yang menipu keluarga dengan berpura-pura tidur di rumah rakan sebelum ke hotel untuk bermadu kasih bersama pasangan mereka, katanya.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelajar dan penuntut IPT turut dikenal pasti antara golongan tertinggi daripada sejumlah 3,171 yang ditangkap berkhalwat dari 2000 hingga September lalu. Penolong Pengarah Rekod dan Maklumat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Damithah Iberahim, berkata kebanyakan mereka ditangkap di rumah kediaman seperti rumah sewa dan hotel sederhana mewah. Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Biasanya pelajar ini tinggal di rumah sewa seperti di taman-taman perumahan selain hotel murah sama ada di dalam bandar atau luar bandar. Selain golongan itu, orang dewasa daripada pelbagai kerjaya juga antara golongan yang dikesan paling ramai melakukan khalwat,katanya.

Di Kelantan, pergaulan bebas di kalangan remaja menyebabkan mereka dikesan tidak segan berpelukan di khalayak ramai, bercumbuan dalam kereta serta membawa teman wanita ke bilik hotel atau rumah untuk melakukan maksiat. Ini terbukti apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) berjaya mengesan 368 kes khalwat hasil daripada operasi cegah maksiat dari Januari hingga November lalu dengan sebahagian besarnya membabitkan golongan pelajar belasan tahun dan awal 20-an. Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latif, berkata pihaknya mengesan kebanyakan `lubuk maksiat' remaja itu adalah sekitar tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), kawasan perindustrian Padang Tembak di Pengkalan Chepa dan hotel murah sekitar bandar Kota Bharu. Menurutnya, beberapa kawasan perkelahan termasuk air terjun, kawasan letak kereta yang tersembunyi dan gelap turut menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk itu.

Di Perak pula sebanyak 460 kes tangkapan khalwat sepanjang tahun ini sehingga 30 Disember lalu yang mana menunjukkan penurunan berbanding 528 kes khalwat sepanjang 2004. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarie Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Zakaria Abd Razak, berkata sebahagian besar kes khalwat itu membabitkan golongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun. Katanya, daripada segi kategori pula, golongan pekerja kilang adalah penyumbang terbesar bagi kes khalwat di negeri ini berbanding golongan seperti anggota pasukan beruniform, kakitangan kerajaan atau swasta yang lain selain pelajar.

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) pula melakukan 346 tangkapan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat selain Seksyen 75(1) hamil luar nikah (30). Jurucakap jabatan itu berkata, kebanyakan kes dikesan di kawasan perumahan di beberapa bandar utama di negeri ini seperti di Seremban, Jempol, Bahau dan Nilai dengan pekerja kilang dan pelajar adalah jumlah yang tertinggi. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila hasil daripada operasi yang dijalankan itu, kita (Jains) mendapati masalah sosial di kalangan remaja semakin serius apabila kerap ditangkap kerana berkhalwat dan menonton filem lucah. Sementara itu, statistik Kementerian Pendidikan Tinggi pula menunjukkan seramai 1,710 pelajar IPT awam dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepanjang tahun 2000 hingga pertengahan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan undang-undang termasuk berkhalwat. Kita terlalu mengikut masyarakat dalam melakukan sesuatu. jika orang ramai lakukannya, maka ia baik bagi kita.

 lagi sebagai peringatan buat kita :

Firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (al-an'am:116

 ada satu ayat ni yg korg selalu dengar :

Firman Allah yang bermaksud:"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat" (al-Israk(17) : 32)

 
hahahahaha,ini adalah statistik yg lama...bagaimana yg terbaru...naik atau menurun?
apa pun xboleh!! manusia sekarang kena pandai buat pilihan, kalau x, inilah antara akibat2nya.. so, yg ada adik perempuan, kakak perempuan, sedara mara dan juga lain2 tu, kenalah pandai2 beringat dan mengingati mereka, sebab mereka ni ada kuasa untuk tarik kita sekali ke dalam neraka jahanam, sekiranya mereka nak.. aduh2, 
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, dan umat muslimin serta muslimat, Tuhan yang maha berkuasa, aku menadah tangan ingin bermohon kepada-Mu, agar kau lindungilah aku serta ahli keluargaku daripada segala muslihat syaitan yang durjana, kau peliharalah akidahku, imanku, diriku serta keluargaku seluruhnya.. amin", terimalah doaku ini Ya Allah..

sama2lah kita pikir-pikirkan...


terima kasih kerana membuang masa di benda alah ni

1 comment:

  1. abang !!! ni haniee.... jom follow hani lak ye :) love u :) nice blog

    ReplyDelete