p e r k o n g s i a n
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka-cita yang betul-betul mencekam. Tudungnya yang menutup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan yang kelihatan di badannya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan pandangan wajahnya yang ayu, namun tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang merosakkan hidupnya itu. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa AS.
Diketuknya pintu perlahann-perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya. “” Apakah dosamu wahai wanita ayu? “Tanya Nabi Musa as terkejut. “Saya takut mengatakannya.”Jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!”Desak Nabi Musa. Maka perempuan itu pun terus bercerita, “Saya… telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun …hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya… cekik lehernya sampai… ia meninggal”, ucap wanita itu seraya menangis sekuat hatinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan jahanam, berambus kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu itu. Pergi!”, Teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka dan mata kerana terasa begitu jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca menghentam batu, hancur luluh. Dia lantas bangkit dan melangkah keluar dengan rasa kesal yang teramat sangat dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu lagi ke mana hendak mengadu. Bahkan dia juga tidak tahu lagi kemana hendak dibawa langkah kakinya itu. Bila seorang Nabi sudah menolaknya permintaannya, bagaimana pula dengan manusia lain bakal menerimanya nanti? Terbayang olehnya betapa besar dosanya dan betapa jahat perbuatannya.
Dia tidak tahu bahawa semasa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
“Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?” “Ada!” Jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” Tanya Musa dengan perasaan ingin tahunya. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina. “Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Beliau mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah bagi perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam salah satu hadis Nabi SAW disebutkan: Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya jika dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian dia mengqadanya, maka Ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sekana lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina beserta dengan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran dan pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajipan solat dengan istiqamah.
terima kasih kerana membuang masa di benda alah ni
No comments:
Post a Comment